Wednesday, March 19, 2014

Homemade Coklat

Cair di mulut bukan di tangan.

Bakat tiada, impian tiada, cita-cita pun tiada  nak  buat Homemade Coklat ni. Entah macam mana, kerana telah menerima tempahan untuk doorgift, maka terdetik la di hati kawan ku unutk membuat Homemade Coklat sendiri. Hasilnye... jeng!!jeng!! Tak ku sangka kawan ku ini, boleh di katakan dia agak berbakat jugak la. Hasil yang memuaskan, sedap dan kurang manis.

Masa dia memula try2 je nak buat, ni la hasilnya....




 Untuk 1st trial, kawan ku membuat bentuk bunga dan love dengan basic coklat; white coklat dan dark coklat. Hasil yang mengagumkan!

Kemudian, kawan ku mengembangkan lagi bakatnye dengan membuat pelbagai bentuk dan warna,. ..ni la hasilnya...






Aku pulak yang rasa teruja setiap kali dia membuat Homemade Coklat ni... Seperti biasa, aku cuma menolong dia memacking saje. Bukan aku tak cuba buat, dah cuba tapi tak jadi...berkecah..coklat tumpah sana sini...hhahhahahha, macam tu la bila takda bakat. Coklat2 ni hanya untuk makan sendiri, almaklum la..trial kan...tu yang ada cacat sikit...hehehehe







Untuk tempahan (seperti gambar di atas) , kami menyediakn pelbagai packing mengikut tema dan  bajet anda. tetapi, warna coklat adalah terhad ye.. hehhehe. Bakat untukl pelbagaikan corak belum di asah lagi..hehhe

Untuk tempahan doorgift, boleh la emel ke farahalqadri@gmail.com.


Nasi Lemak Damansara Utama (Uptown)

Untuk entri kali ni, aku nak share skit story pasal NASI LEMAK DAMANSARA UPTOWN. Dengar2 citer, nasi lemak ni famous kat area KL/Selangor. So, aku pun pergi la try. Nak tau jugak, betul ke  famous? sedap sangat ke?

So, 1 hari tu, pagi nak pergi kerja, aku keluar rumah lebih awal dari biasa.. Sebab aku ada dengar2 citer, kedai tu selalu ramai orang, kena beratur panjang.

Sesampai je aku kat kedai tersebut....wow!! betul la, ramai orang. Nasib baik keluar rumah awal sikit. hehhehe....

Masa aku beratur tu, tekak ku ini nak makan nasi lemak berlaukkan ayam goreng tapi apakan daya, tak de rezeki sebab ayam goreng yang tersusun menggunung tinggi tu dah ditempah orang. Jadinya aku ambil lauk sotong je..


Perasan ku, jika letak lauk selain ayam..harganya jauh lebih murah. Rupa2 aku yang salah pandang. Sekali ku pandang senarai harga, memang nampak RM5.50. So 'ok la' detik hati ku..
Sampai je turn aku, pekedai itu membungkuskan nasi lemak berlaukkan sotong dan terus bagi ku bill untuk bayar di kaunter. 3 4 kali aku tengok bil tu, Nasi Lemak lauk sotong seperti gambar di atas berharga RM8.50. Jika lauk ayam, RM9.00......
Kali kedua ku pandang senarai harga, memang RM8.50..hahhaha, ternyata la aku tersalah pandang.

Sesampai je aku di opis, tak sabar nak rasa nasi lemak yang di katakan famous dan sedap itu. Adakah BENAR seperti yang di kata orang ramai?

Ternyata BENAR!!! Sangat sedap dan berbaloi. Aku bagi 4 bintang!!

Nasinye memang sangat berlemak, walaupun nampak portion nasi sikit, tapi bagiku, cukup mengenyangkan sebab lemak nasi sangat2 berlemak dan memuak kan. So, aku tidak perlukan nasi tambah...hehehheheh

Sambal plak memang cukup masak dan garing. Tak semua kedai yang menjual nasi lemak buat sambal secara masak dan garing seperti kedai ni.

Sotong tu memang nampak sikit tapi sebenarnya banyak. Aku sendiri pun tak boleh nak habiskan.

Tambahan pulak, diletakkan bersama dengan daun pisang. Memang awwesome lah!!

Ternyatalah, VILLAGE PARK RESTAURANT menyediakan NASI LEMAK Best in Town! Pelaburan yang berbaloi. Sekali rasa, pasti datang lagi.






Village Park Restaurant
5, Jalan SS21/37
Damansara Utama (uptown)
47400 Petaling Jaya, SELANGOR

TEL: +6 03 7710 7860

Dibuka setiap hari dari 7pagi hingga 8malam

Ahad dan Cuti Umum dibuka dari 7pagi hingga 6petang


Cuppies!


1st entri hari ni bersamaan 19 March 2014 semperna hari jadi ku yang ke 28 tahun, aku ingin berkongsi cerita tentang CUPPIES! Ye, Cuppies....yang di buat oleh kawan ku sendiri..sangat sedap ooooo..... dulu aku tak berapa suka sangta makan kek, cuppies, muffin dan sebagainya kerana makanan seprti ini lah yang membuatkan gigi ku bertambah sakit dan ngilu..ngeee ngee...

Tapi cuppies yang kawan ku buat ni sangat berbeza...kurang manis dan sedap... tak tahu lah ape yang dia letak dalam resepi cuppies ni...Thank my fren! love u!

Hari ni, dia buatkan Cuppies Coklat dengan Cream Cheese semperna besday aku.




Walaupun simple tapi sedap!! aku suka! So, pagi2 lagi aku dah breakfast Cuppies Coklat. Ok la dari tak breakfast ape2.... hihihihihiih

Kawan aku ni, memula dulu, dia buar cuppies sekadar suka2 je..terapi stress die..Bagi aku bagus jugak die buat cuppies ni sebagai terapi stress die... tapi tak sangka plak, dalam pada dia buat sekadar suka2, masuk lak tempahan. ALHAMDULLILAH.....
Kalau korang pun nak tempah, boleh je emel ke farahalqadri@gmail.com

Antara cuppies yang di tempah:- sila rujuk gambar di bawah ye





Cuppies ni ditempah oleh sesorang untuk salah 1 kelas darjah 4 Sekolah Taman Bukit Teratai, Ampang. Untuk menjamu 30 orang murid dalam kelas tersebut. Terima kasih kerana menempah cuppies dengan kawan ku ni. hehehhe, kasi promote skit

Cuppies di atas adalah Cuppies Coklat dengan Butter Cream. Rasanya memang sangat berbeza dengan Cream Cheese. Kalau ikutkan tekak aku, aku lebih suka dengan Cream Cheese sebab rasanya lembut sedikit dari Butter Cream. Walau macam mana pun, terpulang la kepada si penempah. Kami cuma buat sahaja. hehehhe








Cuppies di atas ni pulak adalah Cuppies Red Velvet dengan Cream Cheese. Memang purposely buat, konon2 trial la untuk orang Melaka. Wahh!! tak sangka ku, Cuppies dah berjalan sampai ke Melaka! Dan yang paling mngejutkan, orang Melaka siap tempah untuk door gift! Rezeki!! Rezeki!!

Dan ini adalah upah ku kerana menolong kawan ku memacking cuppies, ok la dari tak ada kan..aku ni bab2 nak buat cuppies..memang tak la..tangan tak ada bakat..jiwa nak buat pun tak ada..cuma ada bakat makan je..hehehhee






Ini lah upah ku..so cute!!! Cuppies Red Velvet dengan Cream Cheese! Terima Kasih.. Lain kali buat lagi ye... hihihihih

Pada korang yang nak tempah, just emel ke farahalqadri@gmail.com.

Buat masa ni, kami cuma terima tempahan untuk cuppies yang simple2 je... Untuk yang tak simple, dalam proses pembelajaran.

Nanti ku update lagi tentang cuppies dan kek.